BESUT, 8 Mei 2026 — Kepimpinan Kelab Rakan Kebijaksanaan (KRK) telah melaksanakan misi ziarah prihatin ke Madrasah Tahfiz Nurul Mukhtar di daerah Besut, Terengganu.
Ziarah Prihatin & Bantuan Kemanusiaan
Ziarah Madrasah Tahfiz Nurul Mukhtar di Besut Trengganu pada 8 Mei 2026 yang mengalami kecelakaan kebakaran.
Kehadiran rombongan kepimpinan KRK adalah bagi meninjau kesan kemusnahan kebakaran serta menyampaikan sumbangan ihsan dan sokongan moral kepada pengurusan madrasah dan para pelajar tahfiz. Inisiatif kebajikan ini membuktikan komitmen persatuan bahawa prinsip kebijaksanaan dizahirkan melalui keperihatinan dan kepedulian terhadap insan.