Sunday, 10th May, 2026
Warga Kelab Rakan Kebijaksanaan
1343 views

Salam Takziah: Mengenang Jasa & Budi Dua Tokoh Pengasas Kelab Rakan Kebijaksanaan

Dengan penuh rasa dukacita, warga Kelab Rakan Kebijaksanaan (KRK) merakamkan ucapan takziah atas pemergian dua orang pengasas kelab: Allahyarham Prof. Dr. Hamid bin Abdullah dan Allahyarham Dato' Ahmad bin Mustafa.

Salam Takziah: Mengenang Jasa & Budi Dua Tokoh Pengasas Kelab Rakan Kebijaksanaan

Dengan penuh rasa dukacita, warga Kelab Rakan Kebijaksanaan (KRK) merakamkan ucapan takziah atas pemergian dua orang pengasas kelab yang amat kami hormati:

Mengenang Jasa Bakti Dua Tokoh Pengasas

ALLAHYARHAM PROF. DR. HAMID BIN ABDULLAH
Meninggal dunia pada 10 Februari 2026.

ALLAHYARHAM DATO' AHMAD BIN MUSTAFA
Meninggal dunia pada 28 April 2026.

Pemergian kedua-dua Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada keluarga dan sahabat handai, malah kepada seluruh warga Kelab Rakan Kebijaksanaan serta semua yang pernah mengenali dan berkerjasama dengan mereka.

Sepanjang hayat mereka, kedua-dua Allahyarham telah banyak menabur bakti, menyumbang tenaga, buah fikiran dan sokongan yang tidak ternilai dalam penubuhan serta perkembangan Kelab Rakan Kebijaksanaan. Jasa, budi dan komitmen mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam serta menjadi inspirasi kepada generasi yang meneruskan perjuangan kelab.

Segala jasa, budi dan kenangan bersama mereka akan terus terpahat dalam ingatan dan dikenang sepanjang zaman.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa kedua-dua Allahyarham, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya, mengurniakan keampunan serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah.

Sumber Rasmi Buletin KRK:
The Voice of Wisdom • Naskhah Asal PDF
Buka PDF Penuh

Share This Article

Bersama Membina Masa Hadapan yang Lebih Bijaksana

KRK mengalu-alukan kerjasama strategik dengan organisasi, institusi pengajian tinggi dan komuniti yang berkongsi aspirasi untuk melahirkan tamadun berteraskan etika, integriti dan kebijaksanaan.

Bina Kerjasama
SERTAI KAMI