Tuesday, 7th July, 2026
Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor (Penaung/Penasihat KRK)
1309 views

Perutusan Pengerusi Sempena Maal Hijrah 1448: Gagasan The Voice of Wisdom

Rakan Kebijaksanaan adalah merupakan satu foundation yang dibentuk untuk mengukuhkan satu warisan kekayaan minda sejati yang tersembunyi dan perlu digilapkan.

Perutusan Pengerusi Sempena Maal Hijrah 1448: Gagasan The Voice of Wisdom

KUALA LUMPUR, Julai 2026 / Muharram 1448H — Sempena menyambut Maal Hijrah 1448, Penaung merangkap Penasihat Kelab Rakan Kebijaksanaan (KRK), YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor telah menyampaikan perutusan khas kepimpinan yang menggariskan visi penubuhan kelab serta peranan teras kebijaksanaan (al-Hikmah) dalam mendepani cabaran tamadun semasa.

Teks Penuh Perutusan Pengerusi

"RAKAN KEBIJAKSANAAN" adalah merupakan satu 'foundation' yang dibentuk untuk mengukuhkan satu WARISAN KEKAYAAN MINDA SEJATI yang tersembunyi dan perlu digilapkan.

Ketandusan KEBIJAKSANAAN dalam kehidupan yang semakin canggih kini telah mencetuskan pelbagai bentuk ketegangan dan krisis yang membimbangkan. Walaupun kemajuan demi kemajuan terus menerus dicapai dalam penyelidikan sains dan teknologi tetapi terdapat banyak peristiwa-peristiwa kemalangan yang melibatkan nyawa seperti peperangan dan sebagainya dapat dielakkan sekiranya "WISDOM" diberi ruang untuk berperanan sebelum terjadi sebarang kejadian.

Sebagai satu langkah menyedarkan masyarakat tentang perlunya WISDOM dalam kehidupan, "RAKAN KEBIJAKSANAAN" memperkenalkan program "DIALOG CINTA WISDOM". Serentak dengan itu juga, ia mengeluarkan anugerah khas bernama: ANUGERAH SARJANA WISDOM kepada tokoh-tokoh pilihan yang telah melakar kejayaan cemerlang dalam 'career' mereka.

Usaha-usaha penyerlahan peranan WISDOM adalah menjadi keutamaan kegiatan 'RAKAN KEBIJAKSANAAN' sebagai satu sumbangan kepada masyarakat Malaysia tercinta.

TAN SRI DR. MOHD YUSOF NOOR
Penaung / Penasihat KRK

Sidang Pengarang Buletin KRK (Pilihan KRK 2026)

Penerbitan wacana ini dipandu oleh barisan tokoh cendekiawan terkemuka negara:

  • Penaung / Penasihat: Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor
  • Sidang Pengarang: Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali, Datuk Profesor Mohd Yusof Kasim
  • Sidang Editor: Dr. Khalid M. Nor, Prof. Emeritus Dr. Bukhari Lubis, Dr. Abd Hamid Abd Murad
  • Penyelaras Penerbitan: Dr. Che Pee Saad
  • Pengurus Penerbitan: Johari Ai
Sumber Rasmi Buletin KRK:
The Voice of Wisdom • Naskhah Asal PDF
Buka PDF Penuh

Share This Article

Bersama Membina Masa Hadapan yang Lebih Bijaksana

KRK mengalu-alukan kerjasama strategik dengan organisasi, institusi pengajian tinggi dan komuniti yang berkongsi aspirasi untuk melahirkan tamadun berteraskan etika, integriti dan kebijaksanaan.

Bina Kerjasama
SERTAI KAMI