Saturday, 1st November, 2025
Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor
1581 views

Perutusan Pengerusi: Dunia Tanpa Wisdom Umpama Jasad Tanpa Tulang

Dunia tanpa wisdom umpama jasad tanpa tulang. Kebijaksanaan adalah komponen yang wujud dalam alam kejadian untuk mengekalkan keharmonian dan keseimbangan.

Perutusan Pengerusi: Dunia Tanpa Wisdom Umpama Jasad Tanpa Tulang

"DUNIA TANPA WISDOM UMPAMA JASAD TANPA TULANG"

KEBIJAKSANAAN [WISDOM] adalah salah satu daripada komponan yang wujud dan terbentuk dalam alam kejadian. Ia tidak berjasad dan tentunya tidak boleh dilihat. Tanpa wisdom, seluruh kejadian akan menjadi huru-hara dan hilanglah keharmonian dan keseimbangan. Untuk itu, usaha mengenali hakikat 'wisdom' sedalamnya tidak boleh dihentikan walaupun sudah banyak usaha dilakukan zaman berzaman.

Persoalan yang mendesak ialah tentang sama ada wisdom itu bersifat "acquired knowledge" atau "intuitional knowledge". Ia masih menjadi satu misteri yang perlu dihuraikan untuk keluar dari kemelut kekaburan identiti wisdom itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, Alhamdulillah, sebuah Yayasan yang bernama Yayasan Amanah Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya telah berusaha menubuhkan satu kumpulan yang dinamakan ‘KELAB RAKAN KEBIJAKSANAAN’ atau ‘KRK’. Ia juga dikenali dengan nama ‘Companions of Wisdom Club’ atau ‘CWC’.

Antara tujuan utama KRK atau CWC ini adalah untuk berusaha secara serius meneroka peranan 'wisdom' serta menggariskan pelan tindakan applikasi setiap aspek nilai WISDOM dalam pelbagai keperluan dunia semasa selari dengan tuntutan industri dan perkembangan teknologi.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada setiap tenaga pakar dan buah fikiran para ilmuan dari pusat-pusat Pengajian Tinggi Negara yang merupakan sebagai sumber KESUBURAN WISDOM untuk mensejahterakan negara khasnya dan seluruh kehidupan umumnya.

KRK ADALAH PEMACU KESEJAHTERAAN KEHIDUPAN
DUNIA TANPA WISDOM umpama JASAD TANPA TULANG
SEMOGA KRK BERJAYA MEMACU NEGARA

TAN SRI DR. MOHD YUSOF NOOR

Sumber Rasmi Buletin KRK:
The Voice of Wisdom • Naskhah Asal PDF
Buka PDF Penuh

Share This Article

Bersama Membina Masa Hadapan yang Lebih Bijaksana

KRK mengalu-alukan kerjasama strategik dengan organisasi, institusi pengajian tinggi dan komuniti yang berkongsi aspirasi untuk melahirkan tamadun berteraskan etika, integriti dan kebijaksanaan.

Bina Kerjasama
SERTAI KAMI