KUALA TERENGGANU, 19 November 2025 — Perbincangan ahli KRK bersama pengurusan tertinggi UniSZA telah diadakan 19 November 2025 di bilik mesyuarat Jabatan Canselori, UniSZA. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, Presiden Lembaga Pengarah KRK yang juga Pro-Canselor UniSZA.
Delegasi & Perbincangan
Wakil KRK yang hadir ialah Dr. Abdul Hamid Abdullah, Dr. Abdul Rahman Hj Mohd Noor, Dr. Ramle Abdullah dan Dr. Abd Hamid Abd Murad.
Kerjasama Menerbitkan Ensaiklopedia "Wisdom"
Antara Intipati perbincangan tersebut ialah kerjasama untuk menerbitkan ensaiklopedia berkaitan "wisdom". Usaha ini dipengerusikan oleh Dr. Abdul Hamid Abdullah. Pihak UniSZA dan INSPIRE menyambut baik cadangan tersebut dan akan bekerjasama dalam menghasilkan ensaiklopedia "wisdom" tersebut.