Saturday, 1st November, 2025
Sidang Editor KRK
1564 views

Penerangan Mengenai Falsafah dan Struktur Logo KRK

Penerangan komprehensif mengenai simbol otak, buku terbuka, garisan biru dan struktur hierarki bentuk logo Kelab Rakan Kebijaksanaan.

Penerangan Mengenai Falsafah dan Struktur Logo KRK

Simbol Otak di Bahagian Atas Melambangkan:

  • Kebijaksanaan, kecerdasan dan keupayaan berfikir secara mendalam.
  • Mengangkat nilai refleksi, kritikal, dan analitis dalam membuat keputusan.
  • Warna turquoise membawa makna ketenangan, keseimbangan emosi, dan kesedaran rohani, akhlak dan jiwa yang tenang.
  • Ia mengambarkan matlamat kelab dalam membentuk generasi yang mampu berfikir matang, beradab dan strategik.

Simbol Buku Terbuka Melambangkan:

  • Sumber ilmu, penyelidikan dan tradisi kecendekiawanan.
  • Kesediaan ahli untuk menerima, mengolah dan menyebarkan ilmu secara bertanggungjawab.
  • Buku yang terbuka ke atas menunjukkan proses transformasi ilmu menjadi amalan bukan sekadar membaca, tetapi menghayati dan mempraktikkan.

Garisan Berlapis Warna Biru:

Biru melambangkan kebijaksanaan, ketenangan dan integriti, menunjukkan bahawa tindakan perlu dipandu oleh nilai benar dan amanah.

Struktur Logo Secara Keseluruhan:

Keseluruhan bentuk logo membentuk hierarki menaik:

  • BUKU → ILMU
  • OTAK → LAMBANG KEBIJAKSANAAN
  • NAMA KELAB → IDENTITI & KOMUNITI

Ini membawa maksud bahawa: Gabungan bentuk dan empat warna iaitu : Hijau, Biru, Turquoise dan Orange adalah membayangkan kehidupan yang mesra bijaksanaan.

"Knowing yourself is the beginning of wisdom" — Permulaan Kebijaksanaan ialah mengenali diri sendiri (Aristotle).

Sumber Rasmi Buletin KRK:
The Voice of Wisdom • Naskhah Asal PDF
Buka PDF Penuh

Share This Article

Bersama Membina Masa Hadapan yang Lebih Bijaksana

KRK mengalu-alukan kerjasama strategik dengan organisasi, institusi pengajian tinggi dan komuniti yang berkongsi aspirasi untuk melahirkan tamadun berteraskan etika, integriti dan kebijaksanaan.

Bina Kerjasama
SERTAI KAMI