BANDAR BARU BANGI, 13 Februari 2026 — Satu Majlis Tahlil dan Doa Selamat telah diadakan dengan penuh khusyuk bertempat di Pejabat Kelab Rakan Kebijaksanaan (KRK), Bangi.
Memohon Keberkatan & Perlindungan Ilahi
Majlis ini menghimpunkan barisan ahli jawatankuasa, rakan seperjuangan persatuan serta para pelajar tahfiz dalam majlis bacaan tahlil dan munajat doa selamat. Program ini bertujuan memohon keberkatan Ilahi agar seluruh perancangan aktiviti, penerbitan dan wacana kelab dipermudahkan serta berjalan dengan lancar demi manfaat ummah.
Sesi jamuan ukhuwah turut diadakan selepas selesai majlis doa, sekali gus memperkukuh jalinan persaudaraan dan silaturahim dalam kalangan keluarga besar Kelab Rakan Kebijaksanaan.