KUALA TERENGGANU, Mei 2026 — Kepimpinan tertinggi Kelab Rakan Kebijaksanaan (KRK) telah mengadakan lawatan rasmi dan ilmiah ke Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Meninjau Khazanah Ilmu & Koleksi Manuskrip
Lawatan ini memberi peluang kepada pimpinan KRK meninjau kemudahan penyelidikan moden, koleksi ilmiah peradaban Islam dan Melayu, serta bahan rujukan akademik yang penting bagi memperkayakan bahan wacana dan penyelidikan falsafah kebijaksanaan.
Dalam lawatan ini juga, sesi tandatangan buku lawatan kehormat telah disempurnakan sebagai tanda ukhuwah dan penghargaan atas sambutan mesra warga Perpustakaan UniSZA.